Pages

Tuesday, April 28, 2009

ADA APA DENGAN UKHWAH?




Dapatkan E-kad Menarik di Sini





Ukhwah…..mengimbau kenangan lalu,terpahat kenangan manis di MAAHAD AMIR INDRA PETRA
( MAIP),bersama rakan-rakan seperjuang dalam pengawas,juga dalam badan dakwah,bersama keluarga satu rumah sewa,suatu detik yang masih lagi bermain-main di benak fikiranku.Tapi kini semua masing-masing membawa haluan.Ada yang masih berhubung ALHAMDULIILAH…….ukhwah masih bertaut……Ada yang dah lama tak sampai berita…..masih hidupkah antum semua? Masih bersemangatkah antunna semua?tiba-tiba ku terfikir.adakah ukhwah terbina hanya bila sahabat wujud di depan mata?hilangkah ukhwah apabila kita berjauhan?tentunya tidak…..
Bukankah kita tak dapat lari dari perpisahan?bahkan perpisahan seolah-olah wajib hadir dalam hidup kita.bermula dengan perpisahanku dengan sahabatku semasa di taski ABIM,masuk darjah satu sehingga tamat darjah enam,bertukar ke sekolah agama selepas UPSR ,berpisah lagi dengan sahabat,masuk UM lepas SPM di uji lagi dengan perpisahan…..Tetapi perpisahan yang tak dapat ku lupakan adalah perpisahan dengan Allahyarham abangku.perpisahan yang takkan di pertemukan kembali di dunia ini…..Insya ALLAH di syurga nanti moga ALLAH satukan kembali ikatan antara kita semua di syurga…AMIN…….

Minggu nie aku menjenguk lagi ke sekolah lama …. MAIP……uhhhh……sekolah tempat bermulanya ku kenal erti kehidupan.sebelum nie leka dengan dunia keanak-anakan,ALHAMDULILLAH, ALLAH meletakkan diriku didalam keluarga yang cintakan agama.ku dihantar ke sekolah agama,bukan aku saje bahkan semua adik-beradikku mendapat didikan agama….. program pertama ku sertai di MAIP,nama programnya JUKIS (jalinan ukhwah islamiyah)…meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diriku…sehinggakan mengubah hampir 180 darjah sikapku….sebelum ke MAIP ku tak pernah cukup lima waktu solat,halal haram tak di titik berat.walaupun di rumah diberi didikan agama,maklumlah masih kecil tak banyak mengerti,bila di suruh solat,buat-buat solat,takpe umi bukannya tahu aku solat ke tak,kadang-kadang pergerakan solat tapi hati langsung tak solat,buat-buat je….ALHAMDULILLAH….lepas JUKIS …..aku di basuh oleh abang-abang…..bermula dengan ramai peserta yang ponteng solat jumaat….persoalan AQIDAH di tanam dalam jiwa….walaupun AJK program tak tahu kita solat ke tak....ummi tak tahu aku solat ke tak ….tapi ALLAH tahu segalanya….bukan aku tak tahu sebelum nie tentang perkara ni bahkan dah berbuih mulut ummi bertazkirah….jangan tipu ummi….kalau ain (nama manja) tipu ummi pun ALLAH tetap tahu ape yang ain buat…tapi mungkin masa tu takde kesedaran lagi….sesungguhnya hidayah iti milik ALLAH…. WAHAI YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI…..TETAPKAN HATI KAMI DI DALAM AGAMAMU DAN DALAM KETAATAN KEPADAMU…. Terima kasih umi dan ayah…..tak jemu-jemu mendidik….abang-abang yang menunjukkan tauladan yang baik,kakakku yang selalu bersamaku dalam mendidik tak lupa juga abang-abang di MAIP……program JUKIS memberi seribu erti padaku….moga ALLAH membalas dengan ganjaran yang setimpal untuk kamu semua......

bermula di tingkatan tiga baru ku diserap ke program-program kepimpinan,bermulalah waktu-waktu yang amat bermakna buatku di MAIP…..berprogram bersama sahabat-sahabat,kena marah sama-sama kat ustaz kalau program tak berjalan dengan baik dan yang paling indah tertidur sama-sama di bilik badan dakwah dek kerana kerja yang di buat sampai larut malam…..study?hehehe…… kalau pelajar biasa dapat tumpu dengan baik takkanlah kita yang diberi harapan oleh sekolah untuk jadi pimpinan sekolah tak dapat buat…..mustahil tak dapat kecuali kita tak berusaha….kalau dah usaha tak dapat jugak tu cerita lain lah……pelajar-pelajar yang asyik perli kita tak study,meeting je..... diorang pun bukan gempak gak result…yang gempak pun dari kalangan pimpinan gak….yang best student bukan dari kalangan pimpinan pun bukan pelajar yang perli kita…pelajar yang selalu tolong kita jugak….kesimpulannya,amanah yang kita pikul bukanlah alasan untuk tidak Berjaya apatah lagi jika amanah itu adalah dakwah di jalan ALLAH….

Mintak maaf sahabat,aku sempat turun sekejap je program badan dakwah sekolah minggu nie….sahabat lama yang masih tak jemu-jemu berbakti masih bersemangat membimbing adik-adik.Tahniah HADI,sahabatku…….tak lupa juga FAIZ dan HAFIZ…..sempat berbual sekejap je…..memandangkan malam terakhir aku tak dapat tidur di sekolah…..mengenang memori lama yang penuh dengan kisah suka dan duka….namun kini bila berjumpa kembali, tak semua yang masih seperti dulu…..

Macam mana pulak kat UM?uhhh…. bila terkenang sahabat-sahabat yang terpisah selepas spm, tak dapat ku bayangkan bila kami berpisah nanti bila dah tamat belajar di UM.... Kami satu negeri,satu sekolah bila dah berpecah setahun dah susah nak jumpa.bagaimana dengan sahabat-sahabat kat UM bila tamat nanti???.dengan berlainan negeri dan berlainan fikrah,mungkinkah ukhwAH terus bersemi?
Mungkinkah sahabatku seorang pensyarah?penceramah yang selalu muncul di kaca-kaca tv?seorang menteri?....siapa pun kamu semua sahabatku……kuharap UKHWAH ini terus bersemi walau kita tak bersua wajah….SALAM UKHWAH SAHABATKU….




1 comment:

  1. InsyaALLAH....
    tv,RADIO,pensyarah,menteri.....x mustahil...nantikan!
    yg penting...
    moga2 Allah pelihara keikhlasan kita baik dalam persahabatan,pencarian ilmu,pekerjaan,amal ibadah dan sebagainya....

    kata Sheikh Ibn `Ata Allah didalam untaian hikmahnya:"Berapa banyak umur yang panjang namun sedikit dakwat sahaja yang dituliskan dan berapa banyak umur yg pendek ,namun begitu byk dakwat yang dituangkan..Sesiapa yang mdapat kberkatan dalam hidupnya,maka tahulah dia jalan menuju kurnia Allah meskipun dalam masa singkat".

    wallahualam.....

    ReplyDelete