Pages

Friday, February 6, 2009

Rantaian Perjuangan..............





“Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini ,tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi yang akan datang” Surat yang terakhir dari Syed Qutb kepada adiknya sebelum digantung.














Monday, February 2, 2009

OPKIM 09 : Menyemai Ukhwah......




Salam ukhwah buat semua. Wah……… sekejap rasanya bercuti.cuti kali ni macam tak cuti.Apa taknya,dalam cuti penuh dengan program.huhuhu… tak sempat nak bermesra dengan keluarga.apatah lagi nak study,lagilah jauh…….

Balik ke kelantan kali ni terus menuju ke tempat program.Tak singgah kat rumah pun sebab naik bas UM yang disewa khas oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) untuk membawa peserta-peserta dan ajk ke tempat program.Sempat bagitau Umi dengan sms je… nasib baik umi dan ayah “sporting” .Kalau tak,tak dapatlah nak merasai berprogram.

OPKIM 09 singkatan dari operasi khidmat masyarakat (program anak angkat) yang dianjurkan oleh PMKUM di kampung kubang kual,Rantau Panjang membawa seribu makna buat saya.sebelum tiba di Rantau panjang saya dah set dalam fikiran saya untuk bersama satu keluarga yang betul-betul menjalani kehidupan kampung.terbayang Pagi-pagi turun menoreh getah,tak pun ke kebun.Tapi Allah temukan saya dengan satu keluarga yang agak berada .Niat untuk menoreh getah terpadam,walaupun ayah saya ada ladang getah tapi tak pernah pun saya turun padang..hahaha….bukan tak nak bantu tapi tak berkesempatan.Memandangkan jarak kebun dengan rumah yang terlalu jauh,jadi ayah hanya menyerah kebun kepada bapa saudara untuk diusahakan.

OPKIM 09 membawa tema ‘Erti hidup pada memberi’.Macam pernahku dengar ayat ini tapi di mana ya?.kalau tak silap ini kata-kata yang biasa dijumpai dalam tulisan saiful islam.Dalam bukunya bertajuk “aku terima nikahnya”,emmm…. Bagus isi dalam buku ni.Saya cadangkan sahabat-sahabat yang belum baca buku ni untuk luang sedikit masa baca serta hayati pengisian yang dilontarkan oleh ustaz hasrizal dalam buku ini terutamanya buat remaja-remaja yang sedang mencari erti cinta yang hakiki.Berbalik kepada tema tadi,objektif yang nak dicapai dalam program ini antaranya melibatkan mahasiswa dalam kerja-kerja kebajikan tapi malangnya bagi diriku bersama keluarga yang berada,maka tak dapatlah nak sumbang tenaga tapi perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita impikan.Sepanjang bersama keluarga angkat,banyak pengalaman yang amat susah untuk saya jumpa dalam keluarga sendiri.Banyak ilmu yang berguna yang saya dapat dan ilmu ini takkan saya jumpa dalam dewan kuliah.Paling penting adalah dakwah bilhikmah.Rupa-rupanya bila berhadapan dengan situasi sebenar baru kita dapat rasa bagaimana sukarnya nak berdakwah dengan berhikmah.Selalunya saya hanya menghadapi perkara ini secara teori sahaja melalui ceramah,kuliah,nasihat dari senior-senior,program-program kecuali beberapa kali semasa mengikuti ekspidisi dakwah pada malam tahun baru.Nasib baik dapat partner yang satu fikrah dan yang lebih penting dapat senior semasa belajar di MAAHAD AMIR INDRA PETRA (MAIP).Melalui dialah saya dapat nilai betapa banyak lagi benda yang perlu saya belajar.Ilmu itu bukan teori semata-mata tapi perlu diterjemahkan dengan amalan.Senior saya banyak menegur keluarga angkat tidak secara direct tetapi banyak secara “bermain bahasa” .Jadi, Amat pentingnya teguran dengan bijaksana supaya orang yang lebih tua dari kita tak terasa hati.Syukran buat seniorku atas pengalaman yang ku timba darimu secara tak langsung.

Tamat je OPKIM,saya terus pulang ke rumah.Paginya,saya dapat sms dari sahabat menjemput kerumahnya.Ada sedikit kenduri kesyukuran,sahabat lama di MAIP dapat tawaran ke UPSI….Semoga kau Berjaya sahabatku.tapi sayang saya tak sempat pergi kerana terlalu penat.Pulang je dari program terus melakukan ibadat sunyi….=)

Semoga pengisian masa cutiku dapat banyak manfaat untuk dunia dan akhirat dan yang paling penting redha ALLAH yang ku dambakan.Masihku ingat pesanan YDP PMKUM semasa taklimat OPKIM “jika kita sertai program ini kerana ALLAH,selama 4 hari berprogram,kita akan dinilai dengan beribadat kepada ALLAH” katanya lagi “tapi kalau lepas program ni sesiapa yang sebelum ni takde pasangan,tiba-tiba balik dengan ada pasangan (couple) muhasabahlah balik”

WALLAHUA’LAM