Pages

Thursday, April 23, 2009

Secebis bingkisan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Exam…….uh lega rasenye,tanggal 16 April 2009 kertas last aku di asasi.Sedar atau tak dah dua tahun rupanya aku di asasi.setahun di UM nilam puri dan setahun di UM KL.Emmm……bila ingatkan suasana di nilam puri menyesal rasenye….waktu yang ku kira paling mahal adalah kat sana,menyesal kerana tidak menggunakan peluang sepenuhnya untuk ku sedut sebanyak-banyaknya ilmu kat sana.

Sebagaimana diketahui umum bumi nilam puri antara pusat ilmu yang terkenal di Kelantan.Di sana berdirinya KIAS ,tak lupa juga UM nilam puri dan yang paling penting adalah kira-kira 5 km dari UM dan KIAS wujudnya pondok yang agak terkenal di Kelantan iaitu pondok pasir tumbuh.Pernah terdetik di hati nak ‘bertalaqi’ kat sana,namun apakah daya tiada rezeki.beberapa kali ku nyatakan hasrat pada ummiku tapi gerak langkah kakiku tak menuju kesana.Entah kenapa,nak kata sibuk taklah sibuk sangat,nak kata tak suka tapi hati ini meronta-ronta untuk kesana.Mungkin takde jodoh kot.Allah tak menggerakkan hatiku untuk kesana.Insya ALLAH,mungkin ada tempat yang lebih baik untukku.

Hari-hari minggu semasa kat nilam puri,selalu ku ulang-alik balik rumah,malam menuju ke kampong gunung,bertalaqi dengan seorang guru,belajar Aqidah,muniyatul musolli tp tak sempat khatam di sebabkan aku terpaksa menyambung perjuangan ke UM KL,pernah ku Tanya,kalau guruku ada tempat-tempat yang sesuai untuk ku bertalaqi semasa cuti.Sebenarnya pondok-pondok di Kelantan terlalu banyak tapi di sebabkan hatiku tidak terbuka untuk mencuba menyebabkan aku terkapai-kapai lagi dengan angan-angan hendak bertalaqi.Rupa-rupanya bila kita minat sesuatu dan kita tidak jemu berusaha malah kita bukan sahaja berangan-angan tapi kita bertindak maka Insya ALLAh ,ALLAH akan tunjukkan jalan yang mudah untuk kita.

Sebulan sebelum berakhirnya pengajianku di asasi,keinginan bertalaqi menerjah kembali di fikiranku.Keinginanku bertambah-tambah apabila tercetusnya satu fenomena di kalangan pelajar-pelajar APIDS.Fenomena yang tak perlu rasanya kunyatakan tapi yang pentingnya memberi pengajaran kepada diriku ini betapa bernilainya ilmu agama walau apa jua bidang yang kita ceburi.Baru je terfikir ALHAMDULILLAH ,ALLAH permudahkan diriku,dipertemukan dengan seorang ustaz untuk menyediakan satu tempat tinggal dan tempat pengajian (pondok)untukku di waktu cuti nanti.Betapa ALLAH itu akan menolong hambanya apabila kita betul-betul mahukan sesuatu dengan syarat kita berusaha bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih.Hatiku tak terucap betapa bersyukurku padamu ILAHI.Moga cutiku kali ini dipenuhi ilmu dan masa yang bermanfaat serta beramal dengan ilmu yang ada bukan hanya kaya dengan ilmu tapi amalan entah kemana.

Bumi serambi mekah…….tungguku disana……akanku guna masa semaksimun mungkin.Dua bulan cuti betapa bernilai buatku.Walau ku tahu cuti ini dipenuhi program yang memang telah ku rancang tapi apakah daya kecenderongan ku lebih untuk ku bertalaqi di pondok.INSYA ALLAH,pondok sungai durian menjadi destinasiku.Minta maaf ye akak2 dan abang2 yang telah ‘menempah ‘khidmatku.bukan niat di hati untuk ku mungkiri tapi apalah daya,ku terpaksa pilih jua.YA ALLAH,kurniakanlah ilmu yang bermanfaat untuk duniaku dan akhiratku.SALAM UKHWAH buat semua…….

No comments:

Post a Comment