Pages

Monday, May 25, 2009

MEMBINA SATU PERUBAHAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perubahan atau pembaharuan suatu ungkapan yang amat mudah dituturkan tetapi untuk melakukannya teramat susah.Pernah dengar slogan “TAJDID” ? pernah ikuti kisah-kisah tokoh yang membawa pembaharuan atau perubahan? Tak kira tokoh kebangsaan atau tokoh antarabangsa,apabila ingin melakukan perubahan dalam suasana yang dah sebati dalam masyarakat,maka ideanya akan ditentang .Samada ramai atau tidak yang menentang itu bukan fokus saya tetapi yang jelas akan timbul pihak yang tidak selesa dek kerana dah turun-temurun di warisi dari orang-orang terdahulu.

Anda ingin melakukan tajdid?sebelum anda ingin melakukannya anda perlu tahu risiko yang akan anda hadapi supaya anda lebih tabah menghadapinya.Agar anda bukan bersemangat pada permulaan sahaja tapi bila dah diuji anda mula lemah semangat.Bagi golongan yang tertutup pemikirannya dari menerima pandangan atau hujah memang susah untuk menerima pembaharuan bahkan bila dengar je perkataan “TAJDID” dah fobia,mula tak nak dengar bahkan biar hujah sekukuh manapun tetap tidak di terima.Moga kita tidak tergolong dalam kumpulan yang taksub sehingga tidak menerima kebenaran.

Sejarah-sejarah agung membuktikan kepada kita bagaimana tokoh-tokoh terkenal membawa sesuatu yang “asing” dalam masyarakat maka tokoh itu akan di tentang habis-habisan.Tak kira yang dibawa itu perkara yang salah atau yang betul asalkan benda tu bertentangan dengan amalan atau tradisi turun temurun maka kebanyakannya tidak akan diterima secara mudah.Ia memerlukan satu masa yang panjang dan usaha yang betul-betul istiqamah selain hujah-hujah yang kukuh untuk membuka minda masyarakat yang tertutup dengan kefahaman.

Kita tak parlu tengok sejarah yang jarang-jarang kita dengari tetapi cukup dengan sirah perjuangan Rasulullah S.A.W.Bagaimana Rasulullah membawa agama yang “asing” dalam masyarakat arab mekah pada ketika itu,maka dari setiap penjuru dan sudut datangnya penentangan.Yang boleh menerima adalah yang terbuka hatinya,yang berfikir dengan kefahaman bukan golongan yang taksub membuta-tuli yang menuduh “ini bertentangan dengan amalan nenek moyang kita”, maka pihak yang mengiakan mengatakan “ini ajaran baru……MUHAMMAD ingin mengubah agama nenek moyang kita,kita tak boleh biarkan,kita mesti menentang”.Maka tidak hairanlah,Rasulullah sendiri di tentang oleh kaum kerabat sendiri.Salahkah kalau kita berbeza dengan nenek moyang kita dengan kita mengikut satu ajaran yang terbukti benar dengan dalil yang jelas lagi sahih?.mana lebih baik kita bertaqlid dengan amalan nenek-moyang kita yang kita sendiri tidak tahu dalil yang digunakan dengan kita ikut satu amalan yang jelas kebenarannya dengan dalil-dalil yang sahih? Masing-masing tepuk dada Tanya iman…….. kebenarankah yang kita dambakan atau semangat asyobiah kepada sesuatu amalan (nenek moyang)/pandangan/guru yang kita nak tegakkan…….. sama-sama kita renungkan……..