Pages

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat merebut peluang yang ALLAH hidangkan buat kita umat nabi MUHAMMAD S.A.W....
di kala umat lain tak merasai peluang ini ,amat-amat rugi jika kita di beri peluang tapi mengsia-siakanya.....

LAILATUL QADAR....... amat sinonim dengan bulan Ramadhan.....hanya di bulan puasa kita di beri peluang untuk "bertemu" dengannya.jadi,ayuh sahabat-sahab semua...kita mengimarahkan ramadhan dengan amalan-amalan sunnah...

sebagai renungan buat kita,marilah sama-sama kita hayati hadis ini:

DARIPADA Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 13, 2009

BUDAYA ILMU DALAM ISLAM




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Islam merupakan agama yang sangat menitik beratkan peranan ilmu dalam kehidupan.Wahyu yang pertama yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu awal surah Al-Alaq membuktikan penekanan yang amat penting buat umat islam untuk menuntut ilmu dan mengkaji samada melalui pembacaan,curahan idea melalui penulisan,pengkajian,pemerhatian dan sebagainya.Budaya ilmu merupakan satu aspek yang tidak boleh dipisahkan dengan islam,melalui ilmu ulama-ulama serta cendikiawan islam mengorek khazanah-khazanah hukum,teori-teori serta method-method ilmiah untuk dijadikan panduan serta garis panduan buat umat manusia keseluruhan.


KONSEP ILMU


Menurut syed naqiub Al-atas konsep penting dalam definisi epistemologi adalah kedatangan,yakni proses disatu pihak memerlukan mental yang aktif dan persiapan spiritual bagi si pencari ilmu dan dipihak lain keredhaan serta kasih sayang ALLAH sebagai zat yang memberikan ilmu.Secara keseluruhanya,beliau meletakkan dua sebab yang membolehkan seseorang menerima ilmu iaitu sebab diri sendiri yakni kesediaan kita serta kesungguhan kita untuk mencari ilmu dan satu lagi adalah anugerah dari ALLAH untuk hambanya yang dipilih untuk diberikan ilmu secara langsung atau tidak langsung.


Bagi Ismail Raji Al-faruqi pula,menganggap pengislamisasian ilmu amat penting.beliau mendefinisikannya sebagai mengislamkan disiplin-disiplin ilmu atau tepatnya menghasilkan rujukan-rujukan pegangan di pengajian tinggi dengan menuangkan kembali disiplin-disiplin ilmu moden dalam wawasan keislaman,setelah dilakukan kajian kritis terhadap kedua sistem pengetahuan iaitu islam dan barat.Seorang lagi ilmuan iaitu Hanna djumhana bastaman (pakar psikologi di sebuah university di Indonesia) berpendapat “islamisasi ilmu adalah upaya untuk menghubungkan kembali ilmu pengetahuan dengan agama yang bererti menghubungkan kembali sunnatullah (hukum alam) dengan Al-quran yang keduanya pada hakikatnya merupakan ayat-ayat tuhan.

BUDAYA ILMU DARI KACAMATA ISLAM

Kepentingan budaya ilmu amat dititik beratkan dalam islam.Islam amat mementingkan ilmu dalam segenap aspek kehidupan.Dari sekecil-kecil permasalahan sehingga sebesar-besar urusan,semuanya mesti dilandaskan dengan ilmu pengetahuan.bermula dengan soal makan,minum,tidur sehinggalah kepada soal pemerintahan Negara semuanya dilingkungi oleh penyelesaian dengan ilmu.selain itu ilmu amat bernilai disisi islam sehinggakan di anggap lebih bernilai daripada harta.ini sebagaimana kata-kata saidina Ali yang memberi sebab kenapa ilmu lebih penting dan patut diutamakan daripada harta.9 sebab yang dinyatakan oleh Saidina Ali adalah :

 Ilmu merupakan warisan nabi-nabi dan rasul-rasul,sedangkan harta adalah warisan Qarun dan firaun.

 Ilmu mampu menjaga pemiliknya,sedangkan harta harus dijaga oleh pemiliknya

 Ilmu dapat memperbanyakkan kawan,sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan

 Jika ilmu diberikan (diajar) kualitinya semakin meningkat,sedangkan harta jika dibelanjakan akan semakin berkurang dan habis

 Orang yang berilmu selalu mendapat penghormatan dikalangan masyarakat,sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang merendahkan

 Ilmu tidak dapat dicuri dari pemiliknya sedangkan harta dapat hilang atau dicuri

 Ilmu tidak habis sekalipun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis

 Ilmu dapat member syafaat kepada pemiliknya semasa di alam kubur dan akhirat sedangkan harta bakal menyusahkan pemiliknya di kedua alam ini melalui hisab ALLAH

 Ilmu menyebabkan terangnya pemikiran dan hati seseorang sedangkan harta seringkali membingungkan pemiliknya dan mengeraskan hatinya.


Konsep budaya ilmu menurut islam juga menekankan penggunaan method-method atau kriteria-kriteria ilmu bagi membuat keputusan samada keputusan dalam perkara agama atau dunia.Bagi sumber utama yang menjadi rujukan atau garis panduan dalam kriteria ilmu adalah AL-Quran,seterusnya As-Sunnah serta panduan-panduan yang telah disusun serta dijelaskan oleh salaf as-soleh dari kalangan sahabat,tabi’n serta ulama’-ulama’ yang mu’tabar.

Dalam islam juga,kita diajar untuk beradab dengan ulama’-ulama’ serta sarjana-sarjana islam silam serta dianjurkan untuk bersikap kritis dalam menerima pandang mereka.Kita diajar untuk berfikir dan menilai dari neraca wahyu yakni AL-Quran dan Sunnah bagi menilai sesuatu pandangan atau teori dari sarjana silam.Islam bukan menolak peranan akal sebagai neraca untuk menilai bahkan islam amat memuliakan peranan akal itu sendiri dalam menilai sesuatu.Tanpa akal kita tidak dapat memahami panduan dari Al-Quran dan Sunnah,jadi menurut islam peranan akal teramat penting dalam ilmu tetapi peranan akal ini dikawal oleh wahyu.Pendek kata,wahyu menjadi pengawal kepada akal bukan akal yang menjadi pengawal kepada wahyu.

Galakan untuk menuntut ilmu dalam islam menjadi antara penekanan yang utama.Ini terbukti dengan penekanan dengan konsep pencarian ilmu seumur hidup.Budaya ilmu dalam islam tidak terhad kepada peringkat umur bahkan setiap detik dalam kehidupan di tekankan untuk menggali sebanyak mungkin ilmu.Begitu juga dengan taraf dalam masyarakat,bukan hanya golongan yang berada sahaja ditekankan dengan ilmu bahkan dalam islam tidak kira dia seorang nelayan atau petani,mereka tetap di tekankan dengan ilmu mengikut tahap masing-masing.

Ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan pelbagai cara.Sebagaimana yang telah dinyatakan mengenai sumber-suber utama menurut islam.Walaubagaimana pun,konsep budaya ilmu dalam islam amat menitik beratkan untuk meluaskan pembacaan.Melalui pembacaan infomasi-infomasi yang jarang kita dapat melalui kuliah seperti ceramah akan menambahkan lagi maklumat-maklumat untuk kita.Tetapi islam amat melarang keras bagi seseorang yang menuntut ilmu tanpa guru.Ini bermaksud pencarian ilmu yang tiada rujukan dan panduan dari seseorang yang lebih tinggi ilmunya serta pengalaman di anggap sebagai berguru dengan syaitan. sebagai contoh mengkaji ilmu dengan hanya membaca buku semata-mata tanpa rujukan dari guru.

Konsep budaya ilmu yang terakhir adalah ilmu yang di pelajari disertakan dengan amalan.Sebagaiman kata-kata cerdik pandai Arab “ilmu tanpa amalan ibarat pohon tanpa buah”.Melalui pepatah ini menggambarkan kerugian yang amat besar bagi seseorang yang berilmu tetapi hanya menjadi perhiasan tanpa untuk di amalkan.Dalam islam,manfaat ilmu itu sangat penting untuk di amalkan serta disebarkan bukan untuk disembunyikan bahkan kalau kita faham satu ayat dari ayat Al-quran atau satu perkara dari ilmu-ilmu kita disarankan untuk mengajar kepada orang lain.


Budaya ilmu tidak dapat dipisahkan dalam islam.Ia berjalan selari dengan kehidupan muslim samada untuk memperolehi kepentingan dunia atau akhirat sebagaimana maksud hadis nabi yang menyatakan barangsiapa yang inginkan dunia hendaklah dengan ilmu,barangsiapa inginkan akhirat juga dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.

WALLAHUA'LAM