Pages

Monday, June 15, 2009

KENANGAN MENERJAH KEMBALI



“salam abe zaeim,free dok 1-3 jun ni,nak jemput abe jadi pemantau rehlah Badan Dakwah sekolah Amir di gunung reng” sms dari adik usrah, jam pukul 3 pagi,alamak lupa plak 2 jun ada reunion spm 2006.

“kalau abe tak leh gi penuh,gi sari tak po doh” .

”khairul dok mano ni?”

“duk di sekolah”.

oh,lupa plak,malam ni malam jumaat,ada qiamullai mingguan di Maahad Amir.setiap
Malam jumaat sebahagian ahli dan pimpinan badan dakwah sekolah akan qiamullail secara berjemaah di surau Maahad Amir.Tradisi yang berterusan,bagus-bagus……teruskan istiqamah adik-adikku.Mula di hidupkan oleh saudara Hadi (pengerusi dakwah 2006)Alhamduliilah sehingga hari ini qiamullail secara mingguan masih hidup…..moga antum semua mendapat manfaatnya.

‘ok.esok abe nak gi dengar tok guru (nik Aziz)ceramah di KB.abe singgah meta di sekolah.Kita bice”

“ok.breh”



Satu lagi inginku kongsikan,kuliah mingguan tok guru Menteri Besar Kelantan.Alhamdulillah,setakat balik cuti sem ni masih tak terlepas pergi menadah telinga mendengar curahan ilmu dari seorang Menteri yang bergelar ulama.Susah nak jumpa suasana ni.Baik kL atau UM sendiri…..caranya berbeza….waqi’nya berlainan……bersyukur ku punyai seorang pemimpin yang memahami islam…bukan sahaja memahami tetapi mengamalkanya…. KEKALKAN KEPIMPINAN ULAMA’…….AMIN……








Alhamdulillah…..tercapai juga hajat untuk menjejak kaki ke gunung reng untuk kali ke-2.kali pertama adalah semasa rehlah badan dakwah sekolah batch kami yang anjurkan dan kali ini sebagai jemputan dari adik-adik penerus perjungan ISLAM.Programnya santai je….. tak de lah berat sangat pengisiannya.Baguslah,sesekali perlulah juga program santai terutamanya buat adik-adik yang baru nak kenal dakwah,adik-adik dari tingkatan satu,dua dan juga untuk semua pimpinan badan dakwah agar mereka tidak jemu dan static kepada program ilmiah sahaja hinggakan pelajar lain takut untuk mendekati badan dakwah kerana dah menjadi tradisi kalau program badan dakwah je mesti malam akhir kena muhasabah dalam gelap,menangis,pergi ke kubur malam-malam,kena marah-marah dan pelbagai lagi pengisian yang “menakutkan” pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah.


Buat semua adik-adik pimpinan badan dakwah semoga antum semua istiqamah dalam gerak kerja……..