Pages

Friday, January 23, 2009

KAMI BERSAMAMU SAUDARAKU........











"JIKA TAK DAPAT SEMUA,JANGAN TINGGAL SEMUA"

Friday, January 16, 2009

PRK UM: LETAK KEPALA BABI DALAM MASJID APIUM,SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM







Pagi jumaat,16 januari 2009,seluruh UM heboh dengan berita penemuan kepala babi dalam Masjid APIUM,akhir-akhir nie, golongan-golongan yang memusuhi islam semakin berani menzahirkan penentangan mereka bukan sahaja di negara yang bukan majoriti umat islam bahkan di negara yang majoriti umat islam pun terjadi benda nie...














kepala babi nie diletak atas bendera PAS dan ditulis PMI,PRO-M dan PAS.... kita tak sensitif sangat bila mereka menghina PAS,PMI ataupun PRO-M tapi yang menyebabkan kita marah apabila golongan yang tak bertanggungjawab ini meletak kepala babi dalam masjid.Sekaligus menghina ISLAM.... maka apa tindakan kita sebagai umat islam











Kita mengharapkan pihak berkuasa untuk mencari dan mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab meletak benda nie kerana akibat bila kita semakin mendiamkan diri menyebabkan musuh-musuh islam semakin berani mempermainkan kita.





Friday, January 2, 2009

BEZANYA KB DENGAN KL............

Salam maal hijrah 1430 H buat semua kaum muslimin & muslimat serta selamat menerima ketibaan tahun baru 2009 M.Tahniah dari saya buat semua yang telah mencapai peningkatan,impian & target azam bagi tahun 1429 H & 2008 M,semoga kejayaan akan berterusan bersama kalian.Bagi yang tak mencapai target,usah kecewa...... anda masih lagi tak terlewat selagi anda tidak bertangguh dalam usaha untuk menawan dan menggapai target anda.suka saya petik kata2 Syed Qutb yang berbunyi "saat kekalahan itu bermula apabila
kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu".

Sempena tahun baru ni,saya nak kongsi sedikit pengalaman malam tahun baru.tahun ni merupakan tahun pertama saya melihat sambutan tahun baru di KL secara live,semasa di Kelantan , saya hanya keluar KB (Kota Bharu),itu pun kalau keluar.kalau tak,duk kat rumah je lah....hehehe

Ape yang saya nak kongsi ialah bezanya gelagat anak2 muda di dua tempat yang berbeza serta di bawah dua kerajaan yang berbeza dari segi prinsip serta dasar.Pada petang 31 dec saya dapat jemputan dari senior untuk menyertai ekspidisi dakwah sempena malam tahun baru.Pada asalnya saya tak nak pergi,memandangkan terlalu banyak kerja yang nak di buat,tutorial tak siap lagi,laporan lab tak buat lagi,tajuk untuk test tak baca lagi.............. tapi bila fikir2 balik,ni lah peluang untuk buka fikiran dan tengok sendiri gelagat2 anak2 muda KL.

Pukul 8 malam kami 8 orang bertolak ke KLCC sebab kami dapat maklumat kat sana akan di buat ekspidisi dakwah. Belum lagi sampai di KLCC dah jumpa berbagai2 perangai anak2 muda,kami naik LRT dari stesen u terus ke KLCC.Kami tiba di KLCC dan terus solat isya' berjemaah. Selepas solat, Kami dapat sms tempat di tukar ke tasik titiwangsa.Awalnye kami tak nak pergi,Fikir punya fikir... alang-alang dah sampai baik teruskan je.Kami terus ke tasik titiwangsa dengan menaiki LRT ke KL sentral dan menaiki KL menorel dari KL sentral ke Titiwangsa..

Kami group terakhir yang sampai kesana,disana ekspidisi dakwah dah bermula.Malam tu berbagai2 ragam pasangan couple kami jumpa.kalau tak couple pun mereka dengan group mereka yang berpakaian menjolok mata.Bila di tanya dah kawin belum? dengan slamber diorang akan jawab.... belum.... tanpa rasa bersalah.Bezanya suasana di KB,walaupun tak dinafikan benda nie berlaku gak tapi nisbahnya amat sedikit berbanding KL. Ape sebab nye? KB tak semaju KL?

Punca utamanya bagaimana pihak kerajaan mengatasinya. Bezanya apabila sebuah kerajaan yang menerap nilai dosa pahala dalam pemikiran rakyat dengan sebuah kerajaan yang menerapkan pembangunan material semata2. Hasilnya, lahirlah jiwa2 muda sebagaimana yang dibina kerajaan.kalau dosa pahala tak diserap ke dalam minda rakyat maka betullah diorang boleh keluar berpasangan,boleh mencuri,minum arak dan sebagainye kerana minda diorang lebih dikuasai oleh hawa nafsu.tapi dibawah pimpinan yang menerapkan nilai2 islam,diorang akan terfikir bahawa kehidupan tak terhenti di dunia je,tapi akhirat menunggu untuk membalas kebaikan dan kejahatan yang di buat.

Telah jelas bahawa undang2 islam lebih berkesan serta lebih adil dari semua undang2 ciptaan manusia & undang2 yang wujud atas muka bumi ini kerana undang2 islam ciptaan ALLAH YANG MAHA ADIL serta sempurna segala2nya.tiada cacat cela. tapi undang2 ciptaan manusia, baik mana pun tujuan yang di buat tetap akan ada cacat celanya, contohnye golongan nasionalisme yang memperjuangkan bangsa atau negara masing2 tanpa memperjuangkan nilai2 suci islam,niat untuk memperjuangkan bangsa adalah murni ,tapi berakhirkah kita dengan kemenangan bangsa kita sahaja?maka bangsa2 lain akan turut berjuang untuk kemenangan bangsa mereka dan akhirnya berlakulah pertembungan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain ,kerana melayu tidak diterima oleh cina,cina tak di terima oleh india dan sebagainya. Tapi Islam boleh di terima oleh semua,boleh di terima oleh melayu,cina,india dan semua bangsa di dunia ni.......

kalau cina di kelantan boleh yakin dengan hukum2 islam (lihat sesi soal jawab debat husam- khairi,tajuk transformasi politik masa kini) maka dimana kita sebagai orang yang mengaku sebagai islam.

Sebagai penutup,saya menyeru sahabat2 serta muslimin & muslimat untuk menilai dengan hati yang waras,hati yang jauh dari perasaan taksub kepada mana-mana golongan untuk menilai yang mana jalan yang hakiki & benar menurut AL-QURAN & SUNNAH........ WALLAHUA'LAM

"BERSAMA DENGAN KEPIMPINAN ULAMA' "